Monday, 18 November 2013

THE ADVANTAGES OF TIME MANAGEMENT







Masa itu emas. Jika dibandingkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang berlalu tetap tidak akan dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang boleh diputarkan kehadapan dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual individu.Sebagai contoh pengurusan masa untuk membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat assignment dan pergi ke kolej adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar.

Solat itu merupakan tiang agama dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Melalui solat sahaja kita dapat tahu betapa pentingnya masa. Solat bukan sahaja membentuk disiplin diri agar kita menepati masa malahan solat juga merupakan makanan rohani bagi umat Islam. Pengisian kerohanian haruslah ada dalam jadual waktu individu.Rohani membentuk keperibadian diri seseorang. Sebagai contoh jika kita sibuk seharian bekerja tanpa mempedulikan azan berkumandang memanggil-manggil kita untuk pergi solat maka kita akan membiarkan rohani kita menjadi kosong. Kita mementingkan kerja daripada menunaikan ibadah wajib kepada Allah. Kadang-kadang kita lupa bahawa lalai menunaikan ibadah kepada Allah boeh menyebabkan kita diturunkan bala tanpa sedar. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Hal ini kerana pengurusan masa yang kurang bijak boleh menyebabkan kita menjadi alpa. Aspek kerohanian tidak kita titik beratkan.

Emosi yang sihat dapat menjadikan seseorang itu produktif.Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang itu tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.

Dalam aspek jasmani pula masa dapat dikaitkan dengan masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya amat penting kerana jasmani berkait rapat dengan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan amat penting bagi setip individu. Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas. Melalui senaman misalnya kita akan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan menjadikan jantung kita lebih sihat. Selain itu,masalah obesity iaitu berat badan berlebihan dapat ditangani dengan melakukan senaman. Makan secara sihat juga perlu diamalkan. Oleh sebab itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada menyatakan bahawa kita perlu mengawal pemakanan kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan perut daripada makan terus menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan aspek jasmanai. Kita tidak menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak bersedia. Oleh itu, pengurusan masa juga amat penting dalam aspek pengurusan jasmani.

Pengurusan masa dalam kehidupan sosial juga amat penting.Sebagai contoh sekiranya kita adalah sebagai ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan kemungkinan kita akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bayangkan masa boleh menyebabkan kita rugi. Keidupan sosial haruslah dititik beratkan terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa untk berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa yang perlu. Hal ini kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran tetangga dan rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan membantu barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan tabiat masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak bergaul dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari nanti apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan kesan daripada sikap kita yang mementingkan diri.

Intihanya, kita hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.



SMART DELIGATION PROGRAM

Ahamdulillah.. syukur. satu program bersama adik-adik SMK Kuala Kubu Bharu selamat di jalankan dengan jayanya... serius aku nerves nak handle program ni, first kot buat program dekat sekolah.. program ni merupakan esaimen yang perlu dijalankan oleh semua pelajar kelas aku.. setiap kumpulan bebas nak pilih sekolah mana pun untuk buat program..

masa mula nak pilih sekolah banyak juga masalah yang kami hadapi.. macam-macam sekolah yang kami decided nak pergi, last2 SMK Kuala Kubu Bharu juga memjadi pilihan kami.. program "SMART DELIGATION PROGRAM" ni dijalankan setengah hari ja, jadi slot yang nak dijalankan pon tak banyak.. setiap seorang fasilitator berpeluang  1 slot ja sorang.. program ni kami jalankan untuk pelajar PRS, so agak mudahlah sedikit sebab kami perlu menerapkan ciri-ciri sebagai seorang pembimbing dalam diri mereka, memandangkan kami semua mempunyai basic kaunselingkan.. 

program ni sememangnya memberikan banyak pengalaman kepada aku, teutamanya memantapkan lagi kemahiran aku dalam menjadi seorang fasilitator yang berbakat.. ewahhhhh... insyaallah jika diberikan peluang lagi, teringin sangat nak buat program macam ni lagi..

now, let's picture tell u story...

 perbincangan bersama kaunselor SMK Kuala Kubu Bharu


fasi Zaff membuat refleksi kecil dalam kumpulan




 berdoa semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan












Monday, 11 November 2013

Program Pembangunan Sahsiah


PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH... Wah tengok-tengok, first entry dah cite pasal program dah.. nampak tak saya seorang yang aktif berprogram jugak...(tepuk tangan untuk diri sendiri.. hahaha).. dalam entry ni saya nak storyla sikit mengenai  program pembangunan sahsiah.. sebenarnya dulu masa semester 1 dulu saya  dah penah menyertai program pembangunan sahsiah dan, tapi lain lecturer yang handle... walaupun programnya sama tapi sudah pasti pengisian setiap program tu berbeza... haa lupa nak cakap, saya ni sebenarnya bakal seorang kaunselor dan akan bergraduate dalam 2 tahun lagi... so bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini, kite perlulah menimba banyak pengalamankan... kata orang 'jauh perjalanan luas pengalaman'...( tengok nampak tak penggunaan peribahasa yang sangat tak sesuai.. tapi ada aku kesah!).... ok cukupla mukadimah untuk fisrt entry ini, sebab saya  nak cerita mengenai program yang saya ikuti tu.. banyak perkara menarik dan bermakna yang telah dapat saya pelajari dalam program tu... let's folow my story...........

Program pembangunan sahsiah ini telah dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu.. program asalnya diadakan untuk pelajar semester 1 dibawah kendalian Encik Aziz Bin Yatim, dimana beliau juga merupakan lecturer yang mengajar saya sekarang bagi Konsultasi sekolah... Atas jasa baik beliaulah, saya dan kawan-kawan daripada semester 5 dapat mengikuti program ini. 

Bagi saya program ini sangat seronok dan pengisian sangat bermakna dan berkesan kepada saya.. sebagai contoh, didalam program ini, saya dapat mempelajari teori Prodigy, di mana sebelum ini saya hanya pernah mendengar tetapi belum pernah sekali pu mempelajarinya.. melalui ini saya dapat mengenali mengetahui pelbagai cara didikan yang digunakan... 

Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga menarik. antaranya ice breaking, explorace dna sebagainya.. explorace tersebut adalah lain daripada yang lain kerana klu yang digunakan dalam menyelesaikan explorace tersebut adalah sangat menarik dan kreatif, di mana klu tersebut adalah dalam pelbagai bahasa... dari situ saya dapat lihat ia mempunyai motifnya yang tersendiri..cuma saya agak rugi kerana saya tidak dapat menghabiskan program tersebut sepenuhnya kerana saya perlu mengikuti kelas sesi petangnya. agak kecewa sangat  sebab ramai kawan-kawan saya cakap slot yang terakhir sangat seronok... saya harap lepas ni dapat menngikuti lebih banyak bersama beliau..

now lets pictures tell u a story....


 ini ahli kumpulan saya.. best & sempoi gile diorang ni



antara salah satu tugasan kami dalam menyelesaikan klu explorace.. 
membantu tuan kedai menyusun barang





ketua kumpulan... suhardi














ini adalah pendapat antara peserta yang mengikuti program ni..

(maaf, anda perlu sengetkan kepala untuk melihat rakaman ini... hehehhe)